Kesyukuran Ku Padamu Ya Allah!!

Saya menceburi bidang usahawan baru memasuki 4 tahun pengalaman dengan membuka outlet sendiri baru 2 tahun masih terlalu awal untuk di katakan sebagai seorang boleh menikmati hidup yang senang dan mewah tanpa perancangan yang rapi untuk masa depan.

Bagi saya walau apapun apa yang kita miliki jangan lupa kepada orang yang tidak memiliki apa-apa. Jika kita merasa hidup ini terlalu susah untuk di lalui kita perlu ingat bahawa ramai yang masih susah dan memerlukan pertolongan dari kita. Seharusnya kita bersyukur dengan limpahan rezeki Allah.

Terkadang saya hairan dengan kawan-kawan seantero perniagaan, masih mengharapkan bantuan walaupun sudah kukuh ekonomi dan stabil kewangan. Masih mengharapakan ihsan kerajaan untuk membiayai pengajian anak padahal dirnya berkerjaya usahawan yang nampak memang bergaya dan berjaya malahan pasangan nya juga turut bekerjaya profesional. Bagi saya masih ramai insan di luar sana amat memerlukan bantuan dan pertolongan. Kesyukuran adalah penting kerana kita adalah insan terpilih untuk menikmati hasil bumi Allah.

Walaupun apa kita dapat adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri, kita juga tidak perlu merasakan bahawa tidak adil apabila orang lain yang mendapat hak itu, sebenarnya hati kita terlalu ampuh dan sombong dan tidak cukup segalanya. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Pembaca sudah tahu kan!! Jika kita masih mengharap sampai bila-bila kita akan terus mengharap. Berusaha dan berusaha adalah lebih baik dan akan membahagikan hidup kita dan menjadikan kita lebih mendekati Allah.

Salam Sayang
Firza Aziz

Kasut Wedges Pilihan Wanita Kini


wedges kayu


Kasut ini paling hot di outlet. Tidak lah cantik Sangat tetapi amat ringan dan rekaan nya dapat menandingi pemakain yang lebih berusia atau berbadan besar.

walaupun tiada stok lagi, kasut ini sentiasa menjadi pilihan wanita bekerjaya pada masa kini. Usia hot pemakai 30-40an. Makcik2 pun ada tau!! gaya gitu!!




Wedges
Berbanding kasut fesyen yang lain, kasut wedge sebegini amat menjadi tarikan wanita masa kini. Pemaikaian yang mudah dan bergaya tidak menyakitkan kaki dan tumit ianya selesa bergaya di mana-mana jua seperti di tempat kerja atau makan malam ( dinner / function ). Usia hot 20-30 an.










TIRAI 2010- PIALA AFF SUZUKI


Selamat Tahun Baru 2011



Selamat Datang Tahun Baru 2011.. Selamat tinggal 2010.

Walaupun agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru,kerana masih terasa kehangatan di alam tahun 2010. Pelbagai peristiwa menarik sepanjang tahun dengan berakhirnya kejayaan Bola Sepak Malaysia baru-baru ini. Semoga tahun 2011 akan di limpah kan kurnia dari Ilahi dan Keberkatan setiap apa jua yang kita lakukan.

Kemenangan Bola Sepak AFF Suzuki baru-baru ini benar memberi impak positif kepada seluruh rakyat malaysia sehinggakan martabat pemain malaysia di angkat dan di julang tinggi. Ranking rakaian sosial juga menaikkan nama pemain selepas berakhirnya piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno, Indonesia 29 Disember lalu. Sepertinya seluruh rakyat Malaysia sangat kehausan untuk mengecapi kemenangan yang sekian lama di nanti dan di idamkan.

Tahniah di ucapkan utamanya Jurulatih kebangsaan K.RajaGopal, Khairul Fahmi Safee, Adlan Talaha, Safiq, Muslim dan semua pemain Kebangsaan. TAHNIAH!! Anda layak juara.

Hadiah bermakna untuk rakyat malaysia menyambut tahun baru 2011.


Normal Price RM 59.9

nOW oFFer RM 49

Trolley Bags


Normal Price RM 59.9
nOW oFFER RM 49
( WHILE STOCK LAST )

Trolley Bags



Normal Price RM 59.9
nOW oFFER pRICE RM 49

BaCk To School


Now Offer New BAG!!
Normal Price RM 49.90 oFFER nOW!! RM 39.00
( without Trolley )

HARI BAHAGIA BAGI SEORANG BERNAMA WANITA

Ku meniti hari bahagiaku lewat tahun ini. Persiapan belum tersedia kerana kesibukan kerja harian dan latihan di luar membuatkan masa mencemburui untuk ku menyediakan segala persiapan... :{ Sudah lah persiapan belum di sediakan kerja pula bertambah di outlet sempena 2 musim perayaan serentak iaitu Deepavali dan Hari raya Haji yang akan tiba.. Hujung bulan pula cuti sekolah, masa ini lah sesuai untuk melakukan sebarang promosi. Kerja bertambah lagi.. Alhamdulillah rezeki ALLAH.

Di dalam kesibukan rutin harian menguruskan operasi syarikat, peribadi tidak terasa letih atau merungut di dalam hati kerana ini lah ibadah di dalam pekerjaan yang di lakukan dengan ikhlas dan beramal jariah untuk pelanggan. IKHLAS. Ketenangan hati dan kesihatan yang di beri ALLAH amat indah untuk di rasai. :))

Beruntung juga mempunyai perniagaan sendiri..:)) Sudah lepas bajet untuk menyediakan keperluan hantaran pertunangan nanti. Kasut 3 pasang aku ambil di kedai untuk di jadikan hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan begitu juga dengan handbag dan Belt.
Sekurang2 nya tidak perlulah aku bersusah payah mencari barang yang sudah ada di depan mata.. HOray!!yahoo!! Happy plak!!

Perkara lain yang perlu ku sediakan ialah :-
1) Baju kurung & Baju melayu ( untuk bakal tunang ku juga kena carikan sebab citarasaku amat si dia sukai ewah..:}) romantik giler...
2) Sejadah
3) Telekung
4) Tuala Ukiran nama

Ha.. rasanye tu je yang perlu.. yang lain-lain tu minta orang tua la yang uruskan ye.. bagi duit je.. hehe.

Sebenarnya yang indah dan bahagia di hati wanita ialah apabila bergelar isteri yang di kasihi dan di sayangi lelaki bergelar suami.

Salam Bahagia untuk semua...
Semoga Allah Merahmati kita Selamanya...

PUNCA KAKI BERBAU DAN TIPS MENANGANINYA

Fakta: Kaki mempunyai lebih daripada 250,000 liang peluh

Peluh ni pulak terhasil daripada kandungan garam dan air. Sebenarnya peluh ni tidak berbau. Apa yang menyebabkan peluh itu berbau (kurang enak) disebabkan oleh aktiviti si bakteria dan konco-konconya. Geng bakteria ni akan memakan peluh tersebut dan menghasilkan buangan yang bercampur dengan peluh asal. Sebab itu peluh jadi berbau.

Biasanya lebihan yang dihasilkan geng bakteria ni akan terbebas kat persekitaran sekiranya terdedah. Oleh kerana kaki kita memakai stokin dan berkasut, bakteria berpeluangc untuk berpesta bersama rakan-rakan mereka di sana. Di tambah dengan kadar perpeluhan anda yang tinggi akan menimbulkan lagi keseronokan buat kaum mereka. Mungkin juga mereka boleh berpesta dan membuat jamuan keramaian di tapak kaki anda.

Sedikit tips berkaitan cara menangani kaki berbau:

•basuh dan cuci kaki anda dengan sabun anti-bakteria
•pakai stokin bersih
•jangan pakai kasut yang sama setiap hari. jika mampu, beli 2 pasang kasut supaya korang boleh bergilir memakai kasut tersebut. Kasut yang telah dipakai perlu dibiarkan terdedah kepada udara sekurang-kurangnya 24 jam untuk membebaskan bau di kasut.

TIP MENGENAL KASUT KULIT BABI

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH...

Kulit Babi adalah sangat berbeza daripada kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk di kenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 titik dalam satu tompokan titik-titik. Cuba belek dan perhatikan jika terdapat tompokan titik-titik tu terdapat tompokan yang berbentuk 3 titik. Maka memang sah kasut itu di perbuat dengan kulit babi. Biasanya kasut yang di perbuat oleh kulit babi akan di jual dengan harga yang sangat murah.So ANDA JANGAN TERTIPU DENGAN TAWARAN KASUT CANTIK TAPI HARGA WOW DI LUAR JANGKAAN...Biasanya kulit babi ini di gunakan pada lapisan dalam pada sesuatu produk contoh seperti kasut, beg dan lain-lain produk kerana struktur kulit babi ini agak lembut.