TIP BELI KASUT

Salam sejahtera,

Kasut menjadi idaman setiap wanita.. Tahukah anda pembelian kasut yang salah amat membahayakan si pemakai..
Mari kita lihat apakah ciri-ciri kasut yang boleh membahayakan si pemakai….

Cuba kira berapa pasang kasutkah yang anda miliki? pastinya setiap dari kita mempunyai lebih dari 3 pasang kasut untuk kegunaan harian malahan seorang wanita mungkin akan memiliki ratusan pasang kasut untuk digayakan mengikut kesesuaian berfesyen atau lokasi.


1)) Platform shoes : Kecederaan & Kematian

Kasut ini boleh dibuat sehingga 20cm (8inci) tinggi dan bahagian hujung hadapanya setebal 2 inci. Memandangkan ia adalah 2-3 kali lebih berat daripada kasut biasa, ia menimbulkan beban tambahan kepada kaki dan juga membuatkan pijakan kaki tidak tegap.

Supermodel Naomi Campbell pernah hilang imbangan semasa memakai platform shoes setinggi 8 inci dan terjatuh di atas pentas.

Di Jepun, pernah timbul cadangan untuk mengharamkan pemakain platform shoes yang terlalu tinggi semasa memandu berikutan banyak kematian berlaku akibat pemandu wanita yang memandu sambil bergaya.

Berdasarkan kajian di Jepun(1994-1999) didapati 39% atau 80 kes daripada 203 kemalangan yang membabit kasut disebabkan oleh kasut tapak tebal.Manakala tinjauan dari maktab rendah di Jepun mendpati 23% pelajar jatuh tersembam di sebab memakai platform shoes.

Platform shoes ini juga boleh menyebabkan masalah sendi pelvis atau pinggul.


2)) Kasut Tumit Tinggi : Jari kaki cacat & sakit belakang

Kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kaki sakit, masalah kesihatan yang ketara seperti bunion, sakit tumit, jari kaki cacat dan saraf tersekat.

Kaki yang di asak ke dalam kasut yang sempit di hujungnua boleh menyebabkan kecacatan. Geseran kasut yang ketat pula boleh menyebabkan kematu dan belulang (calluses). Tidak hairanlah 75% daripada penduduk Amerika mengalami sakit tumit.
Tulang kaki si pemakan kasut tumit tinggi mengalami pemendekan otot betis & tendon.

Oleh itu berhati-hati lah semasa memilih kasut.. jangan indah di pandang tapi sakit di dalam..

sekian saja info hari..
:-))