Selamat Tahun Baru 2011



Selamat Datang Tahun Baru 2011.. Selamat tinggal 2010.

Walaupun agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru,kerana masih terasa kehangatan di alam tahun 2010. Pelbagai peristiwa menarik sepanjang tahun dengan berakhirnya kejayaan Bola Sepak Malaysia baru-baru ini. Semoga tahun 2011 akan di limpah kan kurnia dari Ilahi dan Keberkatan setiap apa jua yang kita lakukan.

Kemenangan Bola Sepak AFF Suzuki baru-baru ini benar memberi impak positif kepada seluruh rakyat malaysia sehinggakan martabat pemain malaysia di angkat dan di julang tinggi. Ranking rakaian sosial juga menaikkan nama pemain selepas berakhirnya piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno, Indonesia 29 Disember lalu. Sepertinya seluruh rakyat Malaysia sangat kehausan untuk mengecapi kemenangan yang sekian lama di nanti dan di idamkan.

Tahniah di ucapkan utamanya Jurulatih kebangsaan K.RajaGopal, Khairul Fahmi Safee, Adlan Talaha, Safiq, Muslim dan semua pemain Kebangsaan. TAHNIAH!! Anda layak juara.

Hadiah bermakna untuk rakyat malaysia menyambut tahun baru 2011.