PUNCA KAKI BERBAU DAN TIPS MENANGANINYA

Fakta: Kaki mempunyai lebih daripada 250,000 liang peluh

Peluh ni pulak terhasil daripada kandungan garam dan air. Sebenarnya peluh ni tidak berbau. Apa yang menyebabkan peluh itu berbau (kurang enak) disebabkan oleh aktiviti si bakteria dan konco-konconya. Geng bakteria ni akan memakan peluh tersebut dan menghasilkan buangan yang bercampur dengan peluh asal. Sebab itu peluh jadi berbau.

Biasanya lebihan yang dihasilkan geng bakteria ni akan terbebas kat persekitaran sekiranya terdedah. Oleh kerana kaki kita memakai stokin dan berkasut, bakteria berpeluangc untuk berpesta bersama rakan-rakan mereka di sana. Di tambah dengan kadar perpeluhan anda yang tinggi akan menimbulkan lagi keseronokan buat kaum mereka. Mungkin juga mereka boleh berpesta dan membuat jamuan keramaian di tapak kaki anda.

Sedikit tips berkaitan cara menangani kaki berbau:

•basuh dan cuci kaki anda dengan sabun anti-bakteria
•pakai stokin bersih
•jangan pakai kasut yang sama setiap hari. jika mampu, beli 2 pasang kasut supaya korang boleh bergilir memakai kasut tersebut. Kasut yang telah dipakai perlu dibiarkan terdedah kepada udara sekurang-kurangnya 24 jam untuk membebaskan bau di kasut.