Kesyukuran Ku Padamu Ya Allah!!

Saya menceburi bidang usahawan baru memasuki 4 tahun pengalaman dengan membuka outlet sendiri baru 2 tahun masih terlalu awal untuk di katakan sebagai seorang boleh menikmati hidup yang senang dan mewah tanpa perancangan yang rapi untuk masa depan.

Bagi saya walau apapun apa yang kita miliki jangan lupa kepada orang yang tidak memiliki apa-apa. Jika kita merasa hidup ini terlalu susah untuk di lalui kita perlu ingat bahawa ramai yang masih susah dan memerlukan pertolongan dari kita. Seharusnya kita bersyukur dengan limpahan rezeki Allah.

Terkadang saya hairan dengan kawan-kawan seantero perniagaan, masih mengharapkan bantuan walaupun sudah kukuh ekonomi dan stabil kewangan. Masih mengharapakan ihsan kerajaan untuk membiayai pengajian anak padahal dirnya berkerjaya usahawan yang nampak memang bergaya dan berjaya malahan pasangan nya juga turut bekerjaya profesional. Bagi saya masih ramai insan di luar sana amat memerlukan bantuan dan pertolongan. Kesyukuran adalah penting kerana kita adalah insan terpilih untuk menikmati hasil bumi Allah.

Walaupun apa kita dapat adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri, kita juga tidak perlu merasakan bahawa tidak adil apabila orang lain yang mendapat hak itu, sebenarnya hati kita terlalu ampuh dan sombong dan tidak cukup segalanya. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Pembaca sudah tahu kan!! Jika kita masih mengharap sampai bila-bila kita akan terus mengharap. Berusaha dan berusaha adalah lebih baik dan akan membahagikan hidup kita dan menjadikan kita lebih mendekati Allah.

Salam Sayang
Firza Aziz