HARI BAHAGIA BAGI SEORANG BERNAMA WANITA

Ku meniti hari bahagiaku lewat tahun ini. Persiapan belum tersedia kerana kesibukan kerja harian dan latihan di luar membuatkan masa mencemburui untuk ku menyediakan segala persiapan... :{ Sudah lah persiapan belum di sediakan kerja pula bertambah di outlet sempena 2 musim perayaan serentak iaitu Deepavali dan Hari raya Haji yang akan tiba.. Hujung bulan pula cuti sekolah, masa ini lah sesuai untuk melakukan sebarang promosi. Kerja bertambah lagi.. Alhamdulillah rezeki ALLAH.

Di dalam kesibukan rutin harian menguruskan operasi syarikat, peribadi tidak terasa letih atau merungut di dalam hati kerana ini lah ibadah di dalam pekerjaan yang di lakukan dengan ikhlas dan beramal jariah untuk pelanggan. IKHLAS. Ketenangan hati dan kesihatan yang di beri ALLAH amat indah untuk di rasai. :))

Beruntung juga mempunyai perniagaan sendiri..:)) Sudah lepas bajet untuk menyediakan keperluan hantaran pertunangan nanti. Kasut 3 pasang aku ambil di kedai untuk di jadikan hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan begitu juga dengan handbag dan Belt.
Sekurang2 nya tidak perlulah aku bersusah payah mencari barang yang sudah ada di depan mata.. HOray!!yahoo!! Happy plak!!

Perkara lain yang perlu ku sediakan ialah :-
1) Baju kurung & Baju melayu ( untuk bakal tunang ku juga kena carikan sebab citarasaku amat si dia sukai ewah..:}) romantik giler...
2) Sejadah
3) Telekung
4) Tuala Ukiran nama

Ha.. rasanye tu je yang perlu.. yang lain-lain tu minta orang tua la yang uruskan ye.. bagi duit je.. hehe.

Sebenarnya yang indah dan bahagia di hati wanita ialah apabila bergelar isteri yang di kasihi dan di sayangi lelaki bergelar suami.

Salam Bahagia untuk semua...
Semoga Allah Merahmati kita Selamanya...